MENU

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 127,129,137 dan 163 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri telah pun bersetuju mengenakan kadar tahunan atas kadar yang berbeza di atas "Nilai Tambah" bagi semua pegangan bercukai dan ke atas bangunan-bangunan yang dikategorikan di bawah Seksyen 163 dipakai dalam kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah untuk tahun 2015.

Kadaran ini berpandukan kepada jenis kegunaan peganggan dan kawasan terpakai untuk seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan kadaran yang berlainan seperti berikut :

 
  Pegangan Kadar Cukai Harta
i. Perumahan Komuniti Jenis A (RM 42,000) 0.17 %
ii. Perumahan Komuniti Jenis B (RM 80,000) 0.21 %
iii. Rumah Mampu Milik (Bawah RM 150,000) 0.13 %
iv. Perusahaan / Perindustrian 0.30 %
v. Perdagangan / Perniagaan 0.20 %
vi. Perumahan / Kediaman 0.13 %
vii. Pertanian 0.05 %
viii. Pertanian
(Taman Teknologi Johor dan Sekitar)
0.10 %
ix. Rizab Melayu (Kediaman) 0.10 %
x. Perdagangan / Perniagaan
(Taman Perindustrian Ringan Pulai)
0.27 %

Pembayaran Cukai Harta perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu bagi Penggal I bermula dari 1 Januari sehingga 28 Februari dan Penggal II bermula dari 1 Julai sehingga 30 Ogos pada setiap tahun.

Sekiranya bayaran bagi Penggal semasa tidak dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan, notis/denda cukai harta akan dikenakan mengikut kadar yang tertera seperti berikut:

NOTIS CUKAI HARTA
AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 - AKTA 171

[Seksyen 147(1) - Tindakan jika kadar tidak dibayar]

Notis Cukai Kadar
 Bagi tunggakan RM1.00 - RM50.00 RM3.00/unit
 Bagi tunggakan RM50.01 - RM100.00 RM5.00/unit
 Bagi tunggakan RM100.01 - RM500.00 RM10.00/unit
 Bagi tunggakan RM500.01 - RM1000.00 RM20.00/unit
 Bagi tunggakan RM1000.01 - RM5000.00 RM30.00/unit
 Bagi tunggakan RM5000.01 dan ke atas RM50.00/unit

Majis Perbandaran Johor Bahru Tengah akan mengeluarkan Notis Tunggakan Cukai Harta (Borang E) mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Seksyen 148) sekiranya pembayaran belum dijelaskan. Jika pembayaran tidak dibuat dalam 15 hari dari notis diposkan/diserahkan, pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah akan mengeluarkan Waran Tahanan (Borang F) bagi menahan harta alih (sita) yang mempunyai nilai yang sama.

WARAN TAHANAN
AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 - AKTA 171

[Seksyen 148(4) - Tindakan Untuk Menuntut Tunggakan]

Denda Lewat Bayar Hasil Kadar
 Bayaran Waran Tahanan Cukai Harta 6% daripada jumlah tunggakan cukai harta
Walaubagaimanapun, jika pihak pembayar cukai harta mempunyai masalah dalam menjelaskan tunggakan cukai harta, pihak Majlis menerima permohonan pembayaran secara ansuran dengan menghadirkan diri di ibu pejabat Skudai untuk perbincangan.

NOTIS JUALAN ATAU PINDAHMILIK (Borang I)

Dimaklumkan bahawa di bawah Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindahmilik dan pembeli atau penerima pindahmilik dalam tempoh tiga (3) bulan memberi notis mengenainya kepada Pihak Berkuasa Tempatan melalui Borang I.  Kegagalan berbuat demikian apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali.

Syarat-syarat permohonan Borang I
1. Sesalinan Resit Cukai Harta yang telah dijelaskan;

2. Sesalinan Geran (Suratan Hakmilik Sementara / Borang 14A) dan surat perjanjian jual beli beserta bil cukai tanah terkini bagi sesebuah rumah teres.
3. Sesalinan Surat Perjanjian Jual Beli (bagi Rumah Pangsa / Kondominium).
 
4. Sesalinan 2 Kad Pengenalan jika 2 penama;
 
5. Wang Pendaftaran Sebanyak RM 50.00 untuk satu pindahmilik;
 
6. Borang I/J (sijik kematian)

 

Klik di SINI untuk muat turun Borang I