MENU

Keterangan Simbol Logo

Logo MPJB ini diambil daripada komponen yang terdapat JataHarimau

Melambangkan kekuatan dan ketegasan serta sifatnya sebagai penaung dalam berperanan sebagai badan penguatkuasa yang mempunyai autoriti untuk mengawal pembangunan kawasan pentadbiran sejajar dengan matlamat MPJBT.

Bulan dan Bintang

Melambangkan keluhuran perlembagaan yang berteraskan Islam sebagai agama Islam. Bintang pecah lima menunjukkan lima aspek pembangunan iaitu Ekonomi, Sosial, Pendidikan, Agama dan Budaya.

Penjuru

Melambangkan sejarah penubuhan MPJBT yang terdiri daripada lapan cawangan yang disatukan dalam satu pentadbiran.

Bulatan di Setiap Lapan Penjuru

Melambangkan masyarakat MPJBT yang berkonsepkan permufakatan dan saling hormat menghormati, manakala kedudukan bulatan tersebut di dalam elemen lapan penjuru itu melambangkan sifat kejiranan yang baik dan saling bekerjasama.

Gerigi Gear

Melambangkan teknologi industri yang membantu membina dan membangunkan ekonomi serta sosial di dalam kawasan pentadbiran MPJBT.

Bangunan

Melambangkan pentadbiran yang cekap dalam perancangan pembangunan dari segi sektor perumahan, perindustrian dan keusahawanan.

Komponen Komputer

Melambangkan kepesatan teknologi maklumat yang memperlihatkan kesediaan MPJBT terhadap kemajuan teknologi terkini dalam menjana kelancaran dan kecekapan pentadbiran.

Bunga Tanjung

Melambangkan bunga rasmi kepada MPJBT.

Lada Hitam dan Daun Gambir

Melambangkan sejarah kawasan MPJBT yang dahulunya adalah kawasan penanaman utama tanaman tersebut.