MENU

Majlis Tempatan Kangar Pulai

Kampung Kangkar Pulai terletak di bawah kaki Gunung Pulai di Batu 16½ Jalan Pontian - Johor. Majlis Tempatan Kangkar Pulai telah ditubuhkan pada 15 Mac 1953 bagi mengurus hal-ehwal kampung seperti kebersihan, kesihatan, kebajikan sosial, agama dan sebagainya. Sebuah bilik kecil yang terletak di E-49, Jalan Kangkar Pulai telah dijadikan pejabat sementara. Pejabat Majlis Tempatan ini kemudiannya telah dipindahkan ke Dewan Perniagaan Tionghua pada bulan Mac 1955. Pada tahun 1956, terdapat kira-kira 125 unit rumah dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 1,112 orang.

Parti Sosialis Front telah berjaya memenangi 6 kerusi semasa pilihanraya tempatan yang diadakan pada tahun 1959. Dengan kemenangan tersebut, Part Sosialis Front telah mendapat kuasa penuh untuk mentadbir Majlis Tempatan Kangkar Pulai dengan diketuai oleh Pengerusinya, Wong Chong Ching pada tahun 1961. Pejabat Majlis Tempatan Kangkar Pulai kemudiannya telah dipindahkan dari bangunan Dewan Perniagaan Tionghua ke Balairaya Kangkar Pulai yang dibina Kerajaan.

Pada bulan Mei 1962, pihak berkuasa sekali lagi telah mengadakan pilihanraya tempatan, Dalam pilihanraya tersebut, part MCA telah berjaya memenangi dan merebut kesemua kerusi. Wu Ngo Tong telah dilantik sebagai Pengerusi ke-5. Manakala pada Ogos 1968, Lee Tze Fooi telah dipilih menjadi Pengerusi ke-7.

Pautan Laman